fbpx

‘Rutin’ PM10 sebelum solat Jumaat bantu promosi peniaga kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kunjungan Anwar ke gerai peniaga tempatan sebelum menunaikan solat Jumaat dilihat mampu mempromosikan perusahaan peniaga-peniaga kecil.

PETALING JAYA – Pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mengunjungi gerai peniaga tempatan sebelum menunaikan solat Jumaat mendapat reaksi positif rakyat Malaysia.

Anwar menerusi Facebooknya berkongsi suasana ketika beliau singgah makan tengah hari di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras, sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini.

Perkongsian tersebut memaparkan kedatangan beliau di gerai Sup Meletup sangat diraikan penduduk setempat malah netizen menyifatkan ‘rutin’ beliau sebelum solat Jumaat itu secara tidak langsung membantu mempromosi perniagaan peniaga-peniaga kecil.

“Syabas, meletup rezeki perniagaan kalian kat sana,” kata Abdul Rasud Mohamad.

“Cara ni boleh majukan perniagaan tempatan secara tak langsung,” ujar Nerris Ling pula.

“Terbaik PM10, makan kat gerai je. Sokong peniaga kecil,” komen seorang lagi netizen.

Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan Anwar menjamu selera di restoran AnNUR Tomyam yang terletak di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI