fbpx

Pemuda OKU terlantar bergantung hidup ihsan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KALAIVANI (kanan), Salwapelay (dua dari kanan) dan Rajammal (kiri) bergilir-gilir menguruskan Surendran di rumah mereka di Seri Manjung, Manjung sejak kemalangan dua tahun lalu.

MANJUNG – Malang berganda buat seorang pekerja kontrak apabila terpaksa bergantung hidup kepada ahli keluarganya akibat ditinggalkan isterinya selepas dia terlibat dengan kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

S. Surendran, 25, terpaksa mengharapkan belas ihsan ibu bapa serta adik-beradiknya me­nguruskan dirinya yang terlantar sejak insiden berkenaan.

Menurut kakaknya, S. Kalaivani, 30, adik bongsunya itu mengalami kecederaan teruk di kepala akibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Kampung Acheh, Sitiawan kira-kira pukul 10.40 malam.

“Dia yang menaiki motosikal telah melanggar pembahagi jalan. Sejak itu, dia hanya terlantar,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Kalaivani, mereka sekeluarga telah berusaha untuk memujuk isteri adiknya pulang namun tidak berjaya.

Justeru, Kalaivani berkata, ibu bapanya, G. Rajammal, 63, dan K. Salwapelay, 64, bertekad untuk menjaga
Surendran sendiri tanpa mengharapkan bantuan wanita berkenaan.

“Sewaktu kemalangan, dia hanya berstatus pekerja kontrak. Jadi majikannya ketika itu tidak mengambil tanggungjawab ter­hadap nasib yang menimpa adik,” katanya.

Jelasnya, perbelanjaan bulanan bagi menguruskan Surendran yang telah disahkan berstatus orang kelainan upaya (OKU) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah sekitar RM1,500 sebulan.

Katanya, perbelanjaan itu merangkumi ubat-ubatan, sesi fisioterapi, susu dan lain-lain.

Dalam pada itu, Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Seri Manjung, Mohd. Shaperi Md. Salleh berkata, Surendran menerima pencen ilat kerana pernah bekerja dengan sebuah syarikat yang mencarum dengan Perkeso sebelum ini.

Orang ramai yang ingin ­menyampaikan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun 6-9839263-30 Public Bank (Salwapelay).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI