fbpx

KJ kongsi pengalaman di KBS dengan Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar perjumpaan Hannah bersama Khairy Jamaluddin. -Twitter Hannah Yeoh

PETALING JAYA – Gambar dimuat naik oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh duduk minum semeja bersama Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencuri tumpuan pengguna media sosial Twitter.

Menerusi ciapan tersebut, Hannah memberitahu, perjumpaan bersama Khairy Jamaluddin bagi mendengar idea, pandangan dan pengalaman beliau semasa di Kementerian Belia dan Sukan.

“Terima kasih kerana meluangkan masa. Saya percaya kepada kepimpinan inklusif terutamanya untuk portfolio seperti belia dan sukan,” katanya pada hantaran tersebut hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai memberikan pelbagai pandangan positif, bahkan ada yang memberi cadangan supaya mengadakan program oleh kedua-dua individu tersebut.

“Buat larian perpaduan satu YB. Larian santai bersama YB dan KJ. Kami boleh tolong anjurkan kalau perlu, sudah tujuh tahun kami buat larian F2F dan virtual,” kata seorang pemilik akaun Twitter.

“Terbaik, Malaysia lebih baik ke arah Kerajaan Perpaduan bukan dominan daripada satu pakatan atau pasukan. Kumpul pemimpin dalam satu Kerajaan Perpaduan walaupun bukan daripada pasukan atau parti sama. Harap tuan KJ pun terus bersikap terbuka untuk membantu Kerajaan Perpaduan sekarang ini,” ujar pengguna yang lain.

“Ini dua orang kalau gabung, meletup. Sayang betul KJ tiada dalam Parlimen,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan bermula 2013 hingga 2018 sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Menteri Kesihatan di bawah pentadbiran Muafakat Nasional (MN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI