fbpx

Kemaluan budak 10 tahun putus ketika bersunat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Doktor secara tidak sengaja terpotong bahagian hujung kemaluan mangsa sehingga putus yang menyebabkan aktiviti bersunat beramai-ramai itu dihentikan serta-merta. – Thinkstock

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki di Cerenti, wilayah Riau mengalami detik cemas dalam hidupnya apabila bahagian hujung zakarnya terputus ketika sedang menjalani proses bersunat, lapor laman berita Okezone semalam.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dikatakan menyertai acara bersunat beramai-ramai di sebuah klinik swasta pada 18 Disember lalu.

“Kami sempat merawatnya namun, disebabkan keadaannya yang agak teruk, kanak-kanak itu dirujuk ke Hospital Daerah Arifin Achmad Pekanbaru,” kata Pengarah Hospital Daerah Taluk Kuantan, Kuansing Irvan Husen.

Menurut maklumat, pemilik klinik tersebut melakukan proses menyunat kanak-kanak dengan bantuan beberapa kakitangan kesihatan.

Ketika mengkhatan mangsa, mereka secara tidak sengaja terpotong bahagian hujung kemaluan mangsa sehingga putus yang menyebabkan aktiviti bersunat beramai-ramai itu dihentikan serta-merta.

Dalam pada itu, Ketua Persatuan Khitan Indonesia, Dr. Darsono berkata, zakar yang putus dapat disambung semula namun, ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya enam jam selepas ia putus.

“Jika lebih dari enam jam, tisu bahagian tersebut kebiasaannya sudah mati,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI