fbpx

Wanita dipecat kerana siar tarian punggung di TikTok ketika cuti sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita Sepanyol dipecat kerana akaun TikToknya menunjukkan dia menari menggoyangkan punggungnya ketika cuti sakit. - Unsplash

MADRID – Seorang wanita dari Sepanyol kalah dalam perbicaraan di sebuah mahkamah berhubung kes pemecatannya oleh sebuah syarikat selepas dia menyiarkan video aksi ‘twerking’ di TikTok semasa mengambil cuti bergaji.

Menurut laman berita Oddity Central, wanita berkenaan mengambil cuti kerana mendakwa mengalami sakit belakang yang teruk.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Piedad itu dilaporkan merupakan seorang pekerja di Semark AC Group SA, iaitu syarikat yang mengendalikan operasi rangkaian pasar raya Lupa di Sepanyol.

Dia sudah bekerja dengan syarikat tersebut sejak 2006 tetapi menamatkan pekerjaannya pada akhir Januari 2021 apabila mengambil cuti bergaji dengan mendakwa mengalami sakit belakang.

Bagaimanapun, akaun perkongsian video, TikTok mendedahkan perkara yang sebenarnya berlaku terhadap wanita tersebut.

Menurut akhbar La Vanguardia, pada 14 September 2021, majikan Piedad menghantar notis rasmi mengenai pemecatannya dengan memaklumkan wanita itu bahawa pengurus kawasan telah mengakses akaun TikToknya.

Pengurus itu juga memaklumkan syarikat tersebut bahawa wanita berkenaan sedang melakukan gerakan tarian goyangan punggung atau dikenali sebagai ‘twerking’ sekali gus tidak menggambarkan keadaan kesihatannya.

Jabatan Sumber Manusia Semark AC Group SA kemudian terus memantau akaun Piedad dan mengesahkan bahawa punggungnya kelihatan cukup sihat.

“Apa yang pada asalnya didiagnosis sebagai proses pendek dari segi penyembuhan telah menjadi pendedahan video tular yang menunjukkan penipuan serta kurang menghormati syarikat dan rakan sekerja,” demikian menurut isi kandungan surat pemecatan yang dipetik dalam perbicaraan mahkamah tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI