fbpx

Gajah sesat masuk Penjara Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor gajah dikesan berada berhampiran pusat pentadbiran Penjara Kluang selepas memasuki kawasan itu pada kelmarin.

KLUANG – Kemasukan atau kacau ganggu gajah ke kawasan penempatan bukan perkara pelik kerana ianya berlaku hampir setiap bulan, malah ada yang menggelarkan daerah ini seperti kawasan safari.

Pada 16 Disember baru-baru ini, seekor gajah dilaporkan berada di kawasan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Batu 17 Jalan Kluang – Mersing, manakala kelmarin seekor gajah di kesan berada berhampiran pusat pentadbiran Penjara Kluang.

Bagaimana pun, kehadiran gajah yang hanya seekor itu menimbulkan persoalan kepada orang ramai kerana kebiasaannya binatang yang lebih sinonim dengan gelaran sebagai ‘orang kuat’ ini bergerak dalam kumpulan yang banyak.

Dalam pada itu, penduduk Kampung Sri Tambak yang hanya mahu dikenali sebagai Rahman, 55, turut mempersoalkan seekor gajah sebesar itu boleh berada dalam kawasan pentadbiran Penjara Kluang sedangkan sedia maklum keseluruhan kawasan menempatkan pesalah itu berpagar rapi.

“Macam mana binatang itu boleh masuk sedangkan apa yang kita ketahui bahawa keseluruhan kawasan ini berpagar yang tidak mungkin dapat dibolosi,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor mengesahkan berlaku kejadian seekor gajah dipercayai tersesat dan memasuki kawasan Penjara Kluang kelmarin.

Pengarahnya, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada pihak Penjara Kluang pada pukul 10 malam kejadian dan menugaskan tiga orang kakitangan jabatan itu ke lokasi.

Katanya, gajah dewasa itu dipercayai tersesat daripada kumpulannya dikenali sebagai ‘Grup Tenang’ yang difahamkan mempunya kira-kira 15 ekor.

“Susulan itu, gajah berkenaan dihalau dengan menggunakan kaedah ‘tembak dan halau’ selain mengiringinya hingga ke kawasan selamat.

“Kita juga ambil tindakan dengan menembak ke udara beberapa kali menuju hutan berhampiran iaitu Hutan Gunung Lambak,” Katanya hari ini.

Ujarnya lagi, pihak Perhilitan akan melakukan pemantauan berterusan dan kawalan di lokasi sehingga keadaan benar-benar selamat dan mengesahkan kejadian gajah memasuki kawasan penjara di negeri ini adalah kali pertama berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI