fbpx

BN, PH Perak tubuh Jawatankuasa Perundingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jawatankuasa yang telah mengadakan mesyuarat pertamanya di Ipoh semalam.

IPOH – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Perak bersetuju membentuk Jawatankuasa Perundingan untuk memastikan agenda kestabilan dalam kerajaan sentiasa dapat dipertahankan.

Pengerusi BN Perak dan PH Perak dalam satu kenyataan bersama berkata, pembentukan jawatankuasa itu adalah simbol komitmen kedua-dua parti dalam menjunjung titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya kestabilan politik sentiasa disuburkan demi menjamin kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Sehubungan itu, jawatankuasa tersebut telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada Selasa, 20 Disember 2022 dengan dipengerusikan oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

“Pada mesyuarat yang turut dihadiri pemimpin parti-parti komponen PH dan BN Perak itu, kedua-dua parti telah mencapai persetujuan untuk membuat beberapa ketetapan penting,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara ketetapan tersebut ialah memastikan kerajaan negeri Perak kekal stabil untuk menyempurnakan sepenuhnya penggal pentadbiran dengan berganding bahu menjunjung keluhuran Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI