fbpx

Tuduh kekasih dibela VIP, hisap dadah, Pablo Amirul minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Pablo Amirul memohon maaf atas keterlanjuran kata menuduh kekasihnya menjalin hubungan dengan lelaki berstatus VIP.

PETALING JAYA – Pelakon Pablo Amirul memohon maaf secara terbuka terhadap bekas kekasih yang difahamkan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan atas tuduhan menghisap dadah dan menjalin hubungan dengan orang kenamaan (VIP).

Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd Sakri menerusi satu muat naik video dalam Instagram menginsafi kesilapan sendiri dan bersedia menjadi seorang yang pemaaf.

“Saya minta maaf. Saya tak nak jadi orang yang gila dan nak jadi manusia yang pemaaf.

“Buat syarikat penerbangan (tempat bekas kekasih saya bekerja sebagai juruterbang), saya minta maaf kerana menuduh pekerja anda sebegitu.

“Saya berdepan masalah peribadi. Saya merayu dan minta maaf sekali lagi kepada syarikat penerbangan terbabit, saya ingin tegaskan bahawa Fatin Nabila Musa seorang juruterbang yang hebat,” katanya menerusi video berdurasi lebih 25 minit tersebut.

Jelas pelakon kelahiran Wakaf Bharu, Kelantan itu lagi, sebagai seorang manusia, dia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan termasuk juga orang lain.

“Semua orang buat silap. Saya buat silap. Dia (Fatin) pun buat silap. Saya terlalu ikut perasaan.

“Jangan menghukum. Ramai sangat nak jadi penghukum dalam ini (media sosial). Kita bukan Tuhan.

“Tiada mana-mana pihak yang menyuruh atau memaksa saya untuk melakukan permohonan maaf. Allah tolong Pablo dan saya cuma nak bersihkan nama Fatin Nabila Musa sahaja.

“Dia tak pernah ambil dadah. Saya orang yang tuduh dia. Buat syarikat penerbangan, adalah satu tindakan tidak patut memecat atau membuang Fatin – seorang juruterbang yang dahsyat. Kita semua buat silap dan kita hanya manusia biasa,” dedahnya.

Tegas pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu, wanita berkenaan mempunyai rekod kerja yang cemerlang sebagai juruterbang dan dia sendiri ingin membetulkan apa yang telah berlaku atas kekhilafan dirinya.

She has a good flight record (dia mempunyai rekod penerbangan yang baik). Saya dah tak nak jadi gila dan buatkan benda ini tak betul.

“Mari kita memaafkan dan lupakan sebab saya pun nak minta ampun daripada Allah. Saya bukan lelaki yang sempurna dan Muslim yang baik tetapi saya sedang mencuba yang terbaik.

“Sekurang-kurangnya, saya tidak hidup dalam penipuan. Saya cuba bersikap telus,” kata Pablo, 37.

Semalam, kecoh dalam media sosial apabila Pablo memuat naik status mendakwa seorang wanita yang difahamkan bekas kekasihnya menjalin hubungan dengan seorang VIP dan ‘dibela’ individu terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI