fbpx

Tanah runtuh: Sultan, Permaisuri Selangor puji kesiapsiagaan pasukan penyelamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian tanah runtuh di Fathers Organics Farm, Batang Kali, Hulu Selangor baru-baru ini. JABATAN PENERANGAN

SHAH ALAM – Kesiapsiagaan dan sinergi pelaksanaan terbaik sejak hari pertama oleh setiap agensi dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Batang Kali dekat sini mendapat pujian daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut kenyataan di laman Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin berasa bangga dan amat menghargai usaha serta kesungguhan semua pihak tersebut.

Turut menzahirkan penghargaan adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin kepada anggota-anggota keselamatan yang masih bertungkus lumus menjalankan operasi SAR sembilan lagi mangsa tragedi tanah runtuh itu.

“Baginda berdua amat menghargai usaha dan kesungguhan semua pihak dan turut khuatir apabila diberitahu bahawa ada anggota yang cedera, sakit dan berdepan cabaran getir sepanjang operasi ini berjalan.

“Baginda bimbang keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini juga akan menyukarkan lagi usaha-usaha SAR yang sedang giat dilaksanakan sejak 16 Disember lalu,” katanya.

Justeru, Sultan Sharafuddin berharap jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi di semua peringkat yang terlibat dalam SAR akan terus bersemangat dan bersatu hati serta diberikan segala kemudahan fizikal dan mental untuk menyelesaikan operasi dengan sempurna.

Lima agensi penyelamat yang terbabit dalam operasi SAR ini adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor.

“Baginda mendoakan agar pengorbanan mulia anggota-anggota penyelamat ini dalam melaksanakan tugas masing-masing dengan bersungguh-sungguh akan dikurniakan ganjaran setimpal oleh Allah SWT,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI