fbpx

Tambatan Diraja tumpuan orang ramai tinjau paras air Sungai Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkunjung ke Tambatan Diraja, Kota Bharu untuk meninjau paras air Sungai Kelantan hari ini. -Foto MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Orang ramai berkunjung ke Tambatan Diraja di sini untuk melihat sendiri paras air Sungai Kelantan bagi membolehkan mereka membuat persediaan bagi berdepan sebarang kemungkinan bencana banjir.

Petugas Menara Tinjau Tambatan Diraja, Muhammad Suhaimi Idris, 50, lokasi itu tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai sama ada pada waktu siang atau malam sejak semalam.

Menurutnya, perkara tersebut sudah menjadi rutin setiap kali musim tengkujuh melanda negeri ini.

“Ia sudah menjadi kebiasaan terutamanya bagi penduduk di Kota Bharu apabila mereka berkumpul di sini untuk melihat paras air Sungai Kelantan.

“Orang ramai akan berkunjung ke sini lebih-lebih lagi semasa hujan lebat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Menara Tinjau Tambatan Diraja di sini hari ini.

Menurut Muhammad Suhaimi, selain itu, orang ramai akan berada di lokasi itu sehingga waktu subuh sematq-mata untuk meninjau paras air Sungai Kelantan.

Katanya, setakat ini, keadaan masih terkawal meskipun ramai berkumpul di Tambatan Diraja, namun setiap pengunjung perlu sentiasa berjaga-jaga ketika meninjau paras air sungai.

Sehingga pukul 12.00 tengah hari tadi, paras air Sungai Kelantan di kawasan Tambatan Diraja mencatatkan 4.24 meter dan ia menunjukkan bacaan amaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI