fbpx

Pasangan pengantin pakai jersi Perancis, Argentina semasa bersanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu pasangan pengantin memakai jersi pasukan bola sepak Argentina dan Perancis pada majlis persandingan mereka di Kochi pada Ahad lalu. - Arun Chandrabose

NEW DELHI – Satu pasangan pengantin menggayakan jersi pasukan bola sepak Argentina dan Perancis pada hari persandingan mereka di bandar Kochi, India pada Ahad lalu, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Pengantin lelaki dikenali sebagai Sachin ialah peminat setia bintang Argentina, Lionel Messi manakala pasangannya, Athira merupakan penyokong bersemangat pasukan bola sepak Perancis.

Beberapa jam sebelum kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Lusail, Qatar dalam salah satu perlawanan paling menakjubkan dalam sejarah Piala Dunia, mereka melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis di bandar tersebut.

Di sebalik pakaian perkahwinan tradisional mereka, Athira menggayakan jersi Perancis yang tertera nombor 10 manakala Sachin menyarung jersi Argentina juga bernombor 10.

Bintang bola sepak Perancis, Kylian Mbappe memakai jersi bernombor 10, manakala Messi menyarung jersi bernombor sama ketika beraksi bersama Argentina dalam perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia di Qatar pada Ahad lalu. 

Akhbar Malayala Manorama melaporkan bahawa selepas majlis perkahwinan mereka, pasangan itu pulang ke rumah Sachin di Thiruvananthapuram yang terletak sejauh kira-kira 206 kilometer untuk menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

Argentina memenangi perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas seri 3-3 pada masa tambahan sekaligus memberi peluang kepada Messi berusia 35 tahun untuk menjulang trofi Piala Dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI