fbpx

Kundasang Kelantan musnah dihentam kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemudahan yang disediakan di tapak perkelahan Jeram Mengaji Agro Resort di Pasir Puteh musnah kesan fenomena kepala air kelmarin. – TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Fenomena kepala air yang melanda Jeram Mengaji yang terkenal dengan jolokan Kundasang Kelantan kelmarin menyebabkan kebanyakan fasilitinya musnah.

Pengarah Yayasan Tok Kenali (YTK), Zulqarnain Hassan berkata, infrastruktur di kawasan itu termasuk tempat berkelah, bangku dan pondok yang dibangunkan Jeram Mengaji Agro Resort dihanyutkan arus deras dalam kejadian tersebut.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pada hari kejadian tiada pengunjung yang beriadah dan menginap di resort berkenaan.

“Saya tidak pasti masa kejadian kepala air itu berlaku, namun kesannya menyebabkan lokasi perkhemahan dan medan niaga penduduk setempat musnah. Bangunan resort selamat dan tidak mengalami kerosakan.

“Kami sudah mengeluarkan notis bahawa Jeram Mengaji Resort ditutup sepenuhnya sepanjang Disember. Resort ini akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja baik pulih dan membangunkan semula kawasan perkelahan selesai dibuat,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Ujarnya, jumlah kerugian masih belum ditafsirkan setakat ini, namun ia turut melibatkan jalan berturap yang dibina untuk masuk ke resort.

“Ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak Jeram Me­ngaji dijadikan lokasi peranginan di negeri ini pada 2005.

“Pihak berkuasa termasuk polis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail turut meninjau kemusnahan yang berlaku petang semalam (kelmarin),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI