fbpx

ICFL anjur kejohanan akar umbi Supajaguh 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMIL (belakang, kiri) ketika majlis pelancaran Kejohanan Supajaguh 2023 di Tigre Arena di Sungai Buloh hari ini.

KUALA LUMPUR – Inter Club Football League (ICFL) bakal menganjurkan Kejohanan Supajaguh 2023 bawah 10 tahun (B10) dan B12 pada 4 serta 5 Mac tahun depan bagi mencungkil bakat pemain remaja di peringkat akar umbi.

Kejohanan yang akan berlangsung di Tigre Arena Sungai Buloh itu terbuka kepada semua kelab dan persatuan dari seluruh negara dengan penyertaan terhad kepada 32 pasukan bagi setiap kategori.

Presiden ICFL, Datuk Kamil Mokhtar berkata, kejohanan kali ini menampilkan kelainan tersendiri kerana terdapat kategori Looser Pool bagi memberi lebih permainan kepada pasukan yang kalah awal.

Katanya, setiap pasukan B10 dan B12 akan dibahagikan kepada lapan kumpulan dalam format liga sepusingan sebelum juara dan naib juara layak ke peringkat seterusnya, manakala yang akan ke Looser Pool.

“Banyak kelab dan persatuan yang mencari kejohanan di peringkat bawah umur. ICFL selaku badan yang aktif menganjurkan kejohanan bola sepak di peringkat akar umbi khususnya di Lembah Klang terpanggil untuk menjayakannya.

“Bagi memeriahkan lagi penganjuran, kita buka kejohanan ini kepada semua pasukan seluruh negara. Sambutan dan maklum balas setakat ini amat baik serta sudah ada beberapa pasukan yang mengesahkan penyertaan,” katanya.

KEJOHANAN Supajaguh 2023 akan berlangsung di Tigre Arena Sungai Buloh itu dengan penyertaan terhad kepada 32 pasukan bagi kategori B10 dan B12 bermula 4 Mac tahun depan.

Kejohanan Supajaguh 2023 dianjurkan dengan kerjasama 9 Teraju Malaysia dan Tigre Arena yang mempunyai fasiliti lengkap untuk sukan bola sepak di Malaysia.

Yuran penyertaan ialah RM1,200 bagi kedua-dua kategori tetapi mana-mana pasukan yang membuat pendaftaran awal atau ‘Early Bird’ sebelum 30 Januari 2023 hanya perlu membayar RM800.

“Setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftarkan seramai 12 pemain serta tiga pegawai pasukan, bagi kategori B10 format tujuh sebelah akan digunakan, manakala B12 adalah sembilan sebelah,” kata Kamil.

Tambahnya, Kejohanan Supajaguh 2023 itu juga dianjurkan bersempena dengan penganjuran Piala ICFL B17 Peringkat Asean yang akan berlangsung pada Mei tahun hadapan dan Piala Super ICFL pada September 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI