fbpx

Tanah runtuh: Sultan, Permaisuri Selangor zahir sedih dan takziah kepada mangsa, waris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perutusan takziah Sultan Sharafuddin pada Facebook.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa dan waris yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, Hulu Selangor.

Menurut kenyataan di laman Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin terkejut dan berdukacita apabila diberitahu mengenai tragedi tanah runtuh itu yang telah meragut banyak nyawa.

“Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa amat sedih dan simpati serta berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, seramai 21 mangsa disahkan maut dalam kejadian terbabit setakat pukul 9 malam manakala baki 12 mangsa masih belum ditemui.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengesahkan bahawa trip perkhemahan melibatkan 94 mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali Hulu Selangor adalah bukan di bawah anjuran Kementerian Pendidikan (KPM).

Fadhlina memaklumkan ia sebaliknya adalah trip persendirian dihadiri oleh keluarga yang mana antaranya merupakan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Mun Choong, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI