fbpx

Tanah runtuh : SAR berlarutan hari ketujuh jika gagal temui baki mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA tanah runtuh yang berjaya diselamatkan semalam.

HULU SELANGOR- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijangka akan diteruskan sehingga hari ketujuh sekiranya anggota penyelamat masih gagal menemukan baki 12 mangsa tragedi tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya akan berbincang dengan pihak polis untuk menyambung misi pencarian tersebut.

“Kita teruskan misi SAR selama 24 jam, namun akan ditangguhkan jika hujan lebat dan berlaku pergerakan tanah sehingga hari ketujuh.

“Tetapi berdasarkan pengalaman kejadian runtuhan kuari di Perak, beberapa bulan baru jumpa mangsa. Namun kita sedaya upaya jejaki mangsa sehingga ditemukan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, pencarian kini meliputi seluruh kawasan perkhemahan dan penemuan barang berkelah milik mangsa adalah keberadaan mangsa di dalam tanah itu.

“Rata-rata mangsa ditemui di dalam khemah ketika sedang tidur, jadi penemuan khemah adalah petunjuk mangsa akan ada di sekitar itu,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI