fbpx

Tanah runtuh: KPM sedia kaunselor kepada waris mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina Sidek hadir melihat sendiri pasukan KPM menjalankan tugas, di sini, hari ini.

SUNGAI BULOH – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengesahkan sokongan psikososial yang ditawarkan kepada waris mangsa tanah runtuh di Batang Kali telah bermula hari ini.

Beliau memaklumkan, khidmat kaunseling itu terbahagi kepada tiga syif di mana tiga orang pegawai akan bertugas bagi setiap syif berkenaan.

“Alhamdulillah kami mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya Bahagian Kesihatan Mental dan Sokongan Psikosial (MHPSS) dan rakan-rakan hospital.

“Khidmat sokongan psikososial ini akan berlanjutan sehinggalah semua kes selesai sepenuhnya.

“Hari ini saya melihat sendiri bagaimana pasukan KPM menjalankan tugas,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak agar memberikan ruang terutamanya kepada pihak berkuasa dan juga waris.

“Ia adalah proses yang sangat sukar, harap diberikan ruang untuk dapatkan maklumat-maklumat tepat. Seterusnya, ruang bagi pihak waris untuk mendapatkan sokongan psikososial.

“Sokongan daripada rakyat Malaysia sangatlah penting dalam waktu getir ini,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan trip perkhemahan melibatkan 94 mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali Hulu Selangor adalah bukan di bawah anjuran KPM. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI