fbpx

31 sukarelawan terima anugerah MEA 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemenang MEA 2022 bergambar bersama selepas menerima anugerah masing-masing.

CYBERJAYA – Seramai 31 sukarelawan menerima penghargaan Anugerah Kecemerlangan MIV 2022 (MEA2022) bagi menghargai sumbangan mereka yang mencurah khidmat bakti kepada masyarakat dan mencapai sasaran dalam inisiatif Sukarelawan ICT Malaysia (MIV).

Dalam majlis itu, sebanyak lima kategori anugerah disampaikan berdasarkan projek-projek dilaksanakan bagi tempoh tahun 2019 sehingga 2021.

Kategori-kategori itu antaranya ialah MIV bersama Sekolah, MIV bersama IPT dan IIV (Institut Pengajian Tinggi dan Sukarelawan ICT Antarabangsa), MIV bersama Komuniti, Video MIV Terbaik dan Anugerah Khas MIV.

Anugerah MEA 2022 itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Mohd. Ali Hanafiah Mohd. Yunus.

Menurut Jabatan Komunikasi Korporat MCMC, pemenang Anugerah Superstar Volunteer Award telah disampaikan kepada Hailmey Ikhsan yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2, Pahang.

“Beliau sangat berminat untuk meneroka dimensi baharu dunia digital serta seorang yang kreatif dan inovatif dalam mendidik anak muridnya.

“Selain itu, Siti Rahmah Ruslan merupakan seorang usahawan di Semporna, Sabah pula menerima Anugerah Best Volunteer Award atas keaktifan beliau menyertai program MIV secara berterusan sejak 2019 sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, Program MIV terdiri daripada empat kumpulan fokus utama iaitu MIV Bersama Komuniti, MIV Bersama Sekolah, MIV Bersama Institut Pengajian Tinggi dan MIV bersama Sukarelawan ICT Antarabangsa.

“Antara aktiviti dilaksanakan oleh sukarelawan MIV ialah melaksanakan strategi pemasaran dalam talian bagi membantu usahawan mikro memasarkan produk dan perkhidmatan serta meningkatkan tahap literasi digital dalam komuniti.

“Program MIV kini mempunyai seramai 10,808 orang yang mendaftarkan minat mereka dan daripada jumlah tersebut, seramai 10,211 orang telah dilatih menjadi sukarelawan MIV,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI