fbpx

Permit syarikat lori sebabkan bayi maut digantung setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada rakaman kamera papan pemuka menunjukkan muatan terjatuh dari lori ketika mengambil selekoh di laluan Gerik-Jeli 29 Oktober lalu.

MELAKA – Permit syarikat lori yang terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak hingga menyebabkan seorang bayi maut pada 29 Oktober lalu, digantung selama setahun berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, lesen pemandu lori itu juga turut digantung antara enam hingga lapan bulan bermula hari ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mendapati, lori syarikat tersebut gagal dalam Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) dijalankan JPJ dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Kita baru dapat keputusan daripada JISA dan surat penggantungan sudah dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

“Keputusan menggantung permit syarikat lori berkenaan dibuat selepas mendapati kesalahan serius yang dilakukan oleh pemandu lori berkenaan dan kita gantung tidak kurang setahun atau lebih.

“Pemandu lori ini banyak kali melakukan kesalahan dan hasil pemeriksaan, dia mempunyai 10 notis saman dan telah menjelaskannya, namun kali ini kita gantung lesennya antara enam hingga lapan bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penghargaan Akademi JPJ Bersama Media di Lapang Sasar, Jalan Tiang Dua, Ayer Molek di sini, hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya dua hari lalu berkata, JPJ dan APAD telah diarah mengambil tindakan segera terhadap pemandu lori dan syarikat berkenaan.

Beberapa hari lalu, tular satu video kemalangan membabitkan sebuah lori dipercayai lebih muatan merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di kawasan selekoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI