fbpx

Terengganu kembali dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penduduk meredah banjir di Kampung Nibung, Hulu Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tidak sampai enam jam selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup, Terengganu kembali dilanda banjir sebentar tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini, beberapa kawasan di Hulu Terengganu telah mula dilanda banjir.

“Hujan lebat yang mulai turun pada 3 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah telah ditenggelami banjir.

“Setakat ini, dua PPS dibuka di daerah Hulu Terengganu dengan 40 mangsa daripada tujuh keluarga telah mendaftar masuk ,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 14 mangsa daripada empat keluarga telah berpindah masuk di PPS Balai Raya Kampung Kemat.

Tambah beliau, Balai Raya Kampung Tapah pula kini mempunyai 26 mangsa daripada tiga keluarga.

Terdahulu, tiga PPS yang masih beroperasi di Kuala Terengganu, Setiu dan Besut pada pagi tadi ditutup bercara berperingkat sehingga pukul 12 tengah hari.

Semua penduduk yang menghuni semua PPS itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah banjir didapati surut sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI