fbpx

Pasangan suami isteri didenda ‘miang’ di tempat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri melakukan perbuatan tidak sopan di sebuah kedai dobi di Bangkok baru-baru ini. - Khaosod/TV Polis

BANGKOK – Sepasang suami isteri yang sangat miang dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sedang melakukan hubungan intim di sebuah kedai dobi awam di Bangkok, lapor portal berita Daily Star semalam. 

Pasangan berkenaan melakukan perbuatan tidak senonoh itu di sebuah kedai dobi di daerah Nong Chok, Bangkok beberapa kali sehingga mengejutkan pemilik perniagaan tersebut, Jakkapong Chookhanthong, 33.

Jakkapong melaporkan perbuatan itu kepada pihak berkuasa tetapi mendakwa bahawa polis enggan berbuat apa-apa sekali gus menyebabkan beliau memutuskan untuk mendedahkan rakaman CCTV yang menunjukkan aksi tidak senonoh suami isteri tersebut kepada umum.

Perbuatan lucah pertama pasangan berkenaan berlaku pada September lalu yang menyebabkan terdapat aduan daripada seorang amah dan sejumlah pelajar universiti yang tinggal di kawasan itu.

Bagaimanapun, selepas tersiarnya rakaman itu pada 12 Disember lalu menerusi platform media, portal berita Thaiger melaporkan seorang pegawai polis, Superintendan Prasert Sornjam bertindak terhadap kes tersebut.

Prasert kemudian memberitahu akhbar bahawa polis berjaya mengesan pasangan itu melalui plat pendaftaran kereta dan mereka kemudian didenda sebanyak 5,000 baht (RM637.70) kerana berkelakukan tidak senonoh di tempat awam berdasarkan undang-undang negara tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI