fbpx

Lelaki OKU maut digilis lori pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan memeriksa mangsa kemalangan maut di Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, Sungai Petani petang tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang penunggang motosikal yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) maut akibat digilis sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 6 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa berusia 20 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss, pikap jenis Toyota Hilux dan sebuah lori dengan muatan pasir.

“Kejadian berlaku apabila penunggang motosikal yang datang dari arah Kuala Ketil ke Sungai Petani hilang kawalan dan melanggar Toyota Hilux di hadapannya.

“Mangsa kemudian terjatuh ke tengah jalan sebelum digilis lori membawa muatan pasir yang datang dari arah belakang,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang merupakan OKU masalah pembelajaran dan bekerja sebagai pembantu kedai makan maut serta-merta di lokasi kejadian.

“Pemandu Toyota Hilux berusia 30 tahun dan pemandu lori pasir berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI