fbpx

Jiyeon kahwin, Soyeon pergi bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOYEON

KESEMUA anggota kumpulan T-ara iaitu Eunjung, Hyomin, dan Qri tumpang gembira menyambut hari bahagia rakan mereka, Jiyeon yang berkahwin pada 10 Disember lalu.

Tetapi hanya kelibat Soyeon yang tidak kelihatan pada majlis tersebut biarpun dia dilaporkan sudah pulang ke Korea Selatan selepas berada di Qatar bagi memberi sokongan kepada suaminya di Piala Dunia Qatar.

Soyeon dalam media sosial miliknya memuat naik gambar dan video memaparkan dia bercuti di Pulau Jeju sehari sebelum majlis perkahwinan Jiyeon.

Netizen meluahkan rasa hairan dengan tingkah laku Soyeon yang tidak mengosongkan jadual untuk rakannya.

“Kenapa awak tidak menghadirkan diri pada majlis perkahwinan Jiyeon?

“Perancangan berada di Pulau Jeju mesti ada sesuatu kerana dia kelihatan susah untuk mengubah jadual percutiannya,” demikian perdebatan netizen terhadap perbuatan Soyeon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI