fbpx

Salur semula subsidi pukal untuk B40, M40 dan peniaga kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mempengerusikan NACCOL bersama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri serta menteri terlibat di Putrajaya tadi.

PUTRAJAYA- Malaysia dilihat perlu menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan mahakaya dan konglomerat ke arah mengekalkan kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang terkesan serta begitu memerlukan.

Perkara itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, menteri berkaitan serta Ketua Setiausaha Negara.

Katanya, mesyuarat itu membincangkan mengenai isu yang dibangkitkan pada mesyuarat khas yang lalu di mana beliau memberikan masa selama dua minggu kepada kementerian terbabit untuk membentangkan semula kertas komprehensif setelah mengadakan sesi libat urus dengan pihak terlibat.

“Susulan itu, Malaysia mesti menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan mahakaya dan konglomerat ke arah menopang kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang amat terkesan serta memerlukan.

“Sebagai contoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai hampir 10 juta pengguna tetapi 10 peratus daripada angka itu yakni 1 juta pengguna yang meliputi kumpulan konglomerat menikmati lebih daripada 50 peratus subsidi elektrik.

“Jabatan-jabatan kerajaan mesti merangka serta membangun wahana bersesuaian bagi melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil kira kepentingan pengguna dan industri serta memastikan kelancaran serta keberkesanan pelaksanaan kebijakan ini,” katanya di sini tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI