fbpx

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Achraf Hakimi mempunyai isteri yang bergelar aktres paling cantik di dunia, Hiba Abouk yang berumur lebih tua daripadanya. - Instagram

DOHA – Pemain pertahanan skuad bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi mempunyai isteri yang bergelar antara aktres paling cantik di dunia, lapor portal berita Daily Star semalam.

Beliau kini menjadi tonggak pasukannya yang berjaya menewaskan Portugal dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Sabtu lalu sekali gus menempah tempat ke separuh akhir menentang pasukan Perancis lusa.

Achraf, 24, berkenalan dengan isterinya yang dikenali sebagai Hiba Abouk, 36, ketika berada di Jerman pada 2018. Ketika itu, pemain berkenaan bermain untuk kelab tempatan, Borussia Dortmund.

Hiba berketurunan Tunisia dan Libya.

Perkahwinan mereka berlangsung pada 2020 tetapi aktres tersebut sudah berjaya membina kerja untuk dirinya dalam bidang lakonan, manakala hubungan mereka terbina atas perasaan kagum dan saling hormat menghormati.

Hiba turut muncul dalam majalah Vogue Arabia keluaran Oktober lalu bersama suaminya. Pasangan tersebut dikurniakan dua anak lelaki.

Mereka tinggal di Paris dan Achraf kini mewakili kelab bola sepak terkenal, Paris Saint-Germain di Perancis. 

Achraf dilahirkan di Madrid selepas ibu bapanya berhijrah ke Sepanyol untuk mencari peluang kehidupan yang lebih baik.

Beliau bermain dalam akademi kelab bola sepak Real Madrid ketika berusia tujuh tahun setelah bermain untuk pasukan tempatan CD Colonia Ofigevi.

Isterinya juga dilahirkan di Madrid dan pernah berlakon dalam beberapa buah filem selain drama televisyen di Sepanyol. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI