fbpx

Mahkamah: Najib beri keterangan dalam kes Shahrir Samad pada 22 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrir ketika hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka hadir memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan pada 22 Disember ini dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan RM1juta melibatkan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab. Samad.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan demikian selepas saksi pendakwaan ke-21, Tuan Zulkfli Tuan Lah, 48, yang merupakan Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti, Penghibur Awam dan Pelbagai, Bahagian Penaksiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selesai disoal semula oleh pihak pendakwaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi memohon tarikh bicara Shahrir selama dua hari bermula esok dilapangkan kerana Najib tidak dapat hadir memberi keterangan kerana sedang dibicarakan bagi kes 1MDB.

Sepatutnya Najib, 69, memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan pada esok dan lusa (14 dan 15) namun tidak dapat hadir kerana bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang berada di hadapan mahkamah lain bagi perbicaraan kesnya berhubung dana 1Malaysia Development berhad (1MDB).

Ia yang mana perbicaraan kes itu berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bermula semalam hingga Khamis ini.

Sementara itu, peguam Sharir, Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros mencadangkan pegawai penyiasat dipanggil dahulu memberi keterangan dan boleh dipanggil semula selepas Najib memberi keterangan.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI