fbpx

Tidak letak jawatan sehingga ada pengganti – Pengerusi LKIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin Hafiz

BUKIT GANTANG – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tidak akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Sebaliknya beliau berkata, beliau hanya akan mengundurkan diri sekiranya terdapat pelantikan pengerusi baharu bagi jawatan berkenaan.

“Pelantikan saya selama dua tahun sehingga 2024. Jadi, apabila menteri baharu naik, dia akan memilih pengerusi yang baharu untuk menggantikan saya, (ketika itu) barulah saya undurkan diri.

“Sementara ini, masih belum ada lagi pengganti dan saya akan meneruskan khidmat sebagai pengerusi untuk bantu menyampaikan bantuan-bantuan kepada rakyat.

“Saya hanya tunggu sehingga jawatan ini diambil. Saya tidak meletak jawatan kerana memikirkan golongan nelayan dan mahu selesaikan semua kerja saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Bantuan Enjin Sangkut di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Matang di sini, hari ini.

Dalam pada itu Syed Abu Hussin Hafiz berkata, beliau juga akan menggunakan emolumen iaitu gaji atau elaun sebagai Ahli Parlimen bagi membantu rakyat di kawasannya.

Katanya, tindakan itu bukanlah usaha baharu sebaliknya kesinambungan yang dilakukan sejak mula menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 2018.

“Daripada awal saya jadi Ahli Parlimen pun saya sudah serahkan duit (elaun) kepada pegawai saya untuk uruskan bantuan bagi menjalankan semua aktiviti dan perbelanjaan di Parlimen Bukit Gantang.

“Untuk tahun ini, oleh kerana tiada peruntukan kerajaan, jadi saya gunakanlah wang elaun Ahli Parlimen sebanyak RM25,000 ini, saya serahkan kepada pusat khidmat untuk mereka atur bantuan kepada rakyat.

“Dalam masa sama, saya juga ada wang zakat untuk bantu golongan asnaf. Saya orang berniaga, saya ada pendapatan berniaga sendiri, jadi saya tidak bimbang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI