fbpx
Mohammad Amirul Aiman ceria memegang skrol ijazah sarjana mudanya pada majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-20 di Kuala Nerus hari ini.

Graduan OKU kaki syukur terima ijazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Kekurangan diri akibat kecatatan anggota kaki sejak lahir bukan penghalang buat Mohammad Amirul Aiman Mohd. Rodzi, 23, untuk bergelar graduan cemerlang.

Beliau yang mengalami kesukaran berjalan akibat penyakit Palsy Selebrum bersyukur berjaya menamatkan pengajian sekali gus menerima Ijazah Sarjana Muda Kaunseling.

“Saya yang menghidap penyakit Palsy Sereblum sejak lahir terpaksa menjalani pembedahan sewaktu berusia lima tahun bagi membolehkan berjalan.

“Begitupun ia tidak sesempurna insan normal lain namun bukan halangan buat saya berusaha mencapai cita-cita,” katanya selepas menerima skrol ijazah pada majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-20 di sini hari ini.

Mohammad Amirul Aiman berkata, bersyukur ibu bapanya tidak pernah membezakan malah mendidik beliau seperti adik-beradik lain.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN