fbpx

Gaun Mariah Carey hampir terlucut di atas pentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARIAH CAREY

DIVA terkenal, Mariah Carey terpaksa menanggung malu selepas gaun tanpa lengan yang digayakan hampir terlucut gara-gara tali pada bahunya putus sewaktu membuat persembahan pentas.

Menurut laporan E! News, kejadian memalukan tersebut berlaku ketika Mariah membuat persembahan bersempena meraikan kedatangan Hari Krismas di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ketika sedang menghiburkan peminatnya, tali gaun pada bahu putus sehingga menampakkan sebahagian besar bahagian dadanya.

Penyanyi lagu My All itu bagaimanapun mengawal keadaan dengan memegang bahagian leher gaunnya daripada terus terlucut sambil menyanyi.

“Persembahan harus diteruskan,” katanya.

Melihat keadaan yang berlaku, pasukan tatarias Mariah sepantas kilat naik ke atas pentas dan membetulkan gaunnya.

Penonton yang berada di tempat kejadian kemudian bersorak sebagai tanda memberi semangat kepada penyanyi terkenal dunia itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI