fbpx

Keturunan Husin Ma Kwantung bersua muka pertama kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 400 ahli keluarga Hussin Ma Kwantung berkumpul di satu majlis di Taiping hari ini.

TAIPING – Seramai 400 ahli keluarga dari generasi ketiga hingga ketujuh keturunan Hussin Ma Kwantung berkumpul pada Program Hari Keluarga yang diadakan di Hotel Perdana Taiping di sini hari ini.

Pengerusi program, Azmin Ariffin berkata, perhimpunan itu bertujuan mengeratkan silaturahim dan ukhwah sesama ahli keluarga.

“Kita mengambil masa selama enam bulan bagi menyusun atur program yang pertama kali diadakan untuk pengumpulan ahli keluarga keturunan Hussin Ma yang telah dikenal pasti diseluruh negara termasuk di Singapura berjumlah 2,000 orang,” katanya kepada ketika ditemui hari ini.

Turut hadir Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Presiden Persekutuan Persatuan Hainan, Datuk Lim Chiew An serta Datuk Bandar Pertama majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datuk Ahmad Termizi Puteh.

Menurut Azmin, program yang diadakan juga adalah untuk mendedahkan kepada generasi baharu keluarga mengenai hubungan persaudaraan antara mereka yang berlainan moyang namun berasal daripada rumpun yang sama iaitu Hussin Ma yang datang dari Kwantung Kepulauan Hainan.

“Kita mahukan generasi baharu yang ada ini tahu bahawa tujuh orang moyang -moyang mereka seperti Tok Wa Hassan, Tok Ngah Kalsom, Tok Lang Rajmah, Tok Jang Che Ah,Tok Ndak Mohamad, Tok Cik Md. Ariffin dan Tok Su Hanafiah adalah merupakan rumpun yang sama iaitu anak-anak kepada Husin Ma,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI