fbpx

Kejohanan Siri Trek YSD dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Yatela Zainal Abidin (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek tajaan Yayasan Sime Darby untuk Kejohanan Siri Trek YSD kepada Sivanandan Chinnadurai di Velodrom Nasional di Nilai dekat Seremban, hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN

SEREMBAN – Sukan lumba basikal trek negara dijangka melonjak tinggi dengan penganjuran Kejohanan Siri Trek YSD (YSDTS) yang dilancarkan hari ini.

Kejohanan itu yang akan berlangsung selama tiga tahun mulai tahun hadapan menyaksikan sebanyak 52 siri perlumbaan dianjurkan melibatkan tiga kategori umur utama iaitu bawah 15 tahun, bawah 17 tahun dan bawah 19 tahun.

Penganjuran kejohanan itu akan memberi peluang kepada lebih 100 pelumba basikal trek di negara ini mengambil bahagian dan mempamerkan keupayaan masing-masing.

Pengerusi Yayasan Sime Darby (YSD), Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata, YSDTS dianjurkan oleh Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) dengan pembiayaan sebanyak RM2.7 juta oleh YSD.

Beliau yang juga Pengasas dan Pengerusi SportExcel berkata, YSDTS adalah program yang penting untuk mewujudkan fasiliti perlumbaan yang berkualiti dan selamat untuk pendedahan dan pembangunan bakat tempatan.

“Saya berharap siri kejohanan ini akan menggalakkan pembentukan lebih banyak kelab atau pasukan profesional basikal trek yang akan membuka jalan baharu untuk menonjolkan atlet muda negara.

“Saya juga berharap penganjuran YSDTS akan melahirkan lebih ramai jaguh basikal trek yang bakal membawa kegemilangan lebih besar untuk Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar bagi mengumumkan pelancaran YSDTS di Velodrom Nasional dekat Nilai, di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau yakin penyertaan lebih meluas dalam banyak perlumbaan yang dianjurkan membolehkan bakat baharu dalam sukan itu diketengahkan ke arena lebih tinggi.

Beliau berkata, usaha itu dimudahkan dengan bantuan sektor korporat yang tampil dengan pembiayaan dalam jumlah yang besar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI