fbpx

Seungyeon rindukan Hara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seungyeon masih merindui Hara yang meninggal dunia pada 2019.

BARU-BARU ini kumpulan KARA membuat kemunculan semula semasa 2022 MAMA Awards dengan melancarkan album istimewa berjudul Move Again sempena ulang tahun ke-15 penubuhan mereka.

Pada 4 Disember lalu, KARA juga mengadakan perjumpaan peminat dengan suasana yang sangat meriah.

Semasa perjumpaan tersebut, mereka meluahkan keterujaan dapat kembali beraksi dengan material baharu.

Dengan secara tidak sengaja, seorang ahli, Seungyeon bercerita tentang Hara yang telah meninggal dunia pada 2019.

“Saya sangat rindukan Hara sampai terfikir tidak mampu melakukan semua perkara tanpanya.

“Namun, saya meletakkan perkara tersebut ke tepi dan percaya Hara masih ada bersama kami semua,” ujarnya dalam nada sebak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI