fbpx
SARIMAH IBRAHIM semasa mempersembahkan lagu Kini Kau Tiada dalam GV9 malam tadi.

Sarimah Ibrahim gembira, rindukan pentas acara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Saya sangat gembira! Saya tak sangka, saya sangat rindukan dunia pengacaraan.”

Itu ciapan bekas pengacara The Biggest Loser Asia, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi kegembiraan, sekali gus meluahkan kerinduannya terhadap bidang pengacaraan selepas muncul dalam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) malam tadi.

“Saya sangat gembira! Saya tak sangka, saya sangat rindukan dunia pengacaraan.

“Terima kasih kepada anda yang terus menyokong!,” ciapnya sambil menyertakan tanda pagar #kinikautiada berserta emoji berbentuk hati.

Sehingga kini, dalam platform media sosial, nama Sarimah terus menjadi sebutan sekali gus mengubat rindu peminat selepas kehadirannya yang menyanyikan lagu hit miliknya, Kini Kau Tiada bersama pengacara Elly Mazlein.

“Come back (kemunculan) yang dirindui. Teringat masa kecil dulu, selalu tengok Sarimah Ibrahim di kaca televisyen pada setiap pagi Sabtu dan Ahad,” tulis mereka.

Terdahulu, Sarimah menggantikan tempat Nabil Ahmad yang tidak dapat hadir mengendalikan program tersebut pada saat akhir.

Tida setakat itu, pengacara dan penyampai radio Danial Zaini turut diminta menggantikan Nabil pada saat akhir sebagai pasangan pengacara bersama Elly Mazlein. – KOSMO! ONLINE

POPULAR