fbpx
Keadaan mayat pesara polis yang telah ditutupi kain putih di lokasi kejadian.

Polis cari saksi kemalangan maut pesara ACP polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis memohon bantuan orang ramai atau saksi yang menyaksikan kemalangan maut melibatkan pesara polis berpangkat Asisten Komisioner (ACP) di Persiaran Kayangan, Seksyen 7 berhadapan Hospital Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang pada 30 November lalu, mangsa merupakan lelaki berusia 68 tahun dengan kali terakhir bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila melintas jalan tanpa menggunakan jejantas di lokasi tersebut.

“Secara tiba-tiba datang sebuah kenderaan jenis Proton Saga dipandu seorang pelajar wanita sebuah universiti awam berusia 22 tahun tidak sempat membrek dan terus melanggar pejalan kaki tersebut.

“Mangsa yang merupakan pesara polis telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa dibawa ke hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Tambah Mohd. Iqbal siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian serta kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN