fbpx

Laluan pejalan kaki tempat berteduh bukan buka meja kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular di Twitter memaparkan peniaga meletakkan meja dan kerusi di laluan pejalan kaki.

PETALING JAYA – Masih ada peniaga atau pengusaha makanan yang degil menjadikan laluan pejalan kaki atau kaki lima sebagai sebahagian kawasan untuk berjualan.

Terkini, tular di Twitter milik Fareeza_MN, memaparkan peniaga yang meletakkan beberapa buah meja dan kerusi tambahan di laluan pejalan kaki berbumbung dipercayai di Wangsa Maju.

“Laluan pejalan kaki berteduh daripada hujan dan panas buat bumbung meja makan kedai kau,” ciapnya.

Menerusi ciapannya itu majoriti netizen turut marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab peniaga tersebut sekaligus menafikan hak pengguna.

“Jangan tegur orang macam ni tak pernah salah,” komen Herimzln.

“Dekat LRT Wangsa Maju ni. Serius stres lalu situ. Pernah tegur sekali tapi saya yang kena marah,” ujar Imaaannn pula.

“Nanti bila DBKL angkut dikatanya Melayu ni asyik nak jatuhkan bisnes sesama Melayu. Melayu dengki dengan Melayu la,” respon Nur_Athirah97.

Sehingga kini perkongsian tersebut diulang ciap sebanyak 3,228 kali dengan 4,406 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI