fbpx

‘Atuk’ naik syeikh nyanyi lagu Madu Tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi lincah warga emas menari dan menyanyikan lagu Madu Tiga

PETALING JAYA – Aksi lincah seorang lelaki warga emas menyanyikan lagu ‘Madu Tiga’ dendangan asal Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee sambil sakan menari a go go membuatkan orang ramai terhibur.

Nyanyian dan tarian cergas lelaki warga emas itu sempat dirakam dan dimuat naik di akaun TikTok @rock.kapak.malaya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dan respon daripada pengguna platform media sosial tersebut.

Rata-rata orang ramai berpendapat bahawa warga emas itu cukup bertenaga biarpun berada di usia senja dan menyifatkan persembahan itu adalah persembahan ‘otai masih lagi berbisa’.

“Orang muda kena belajar dengan pakcik ini, tenaga dia bukan calang-calang hendak menyanyi sambil menari tapi langsung tidak kedengaran semput,” komen seorang pengguna TikTok.

“Luar biasa atuk! Otai masih berbisa, umur sekadar angka yang penting semua gembira,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

“Siapa tidak kenal pakcik ini, Surip Kembara, orang lama zaman 80-an di Komtar, Johor Bharu, mesti ada yang ingat dia zaman itu bawa gitar tali rafia,” komen seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, terdapat juga pengguna TikTok yang meninggalkan komen sinis dan lawak kepada persembahan penuh tenaga warga emas tersebut.

“Amboi kemain madu tiga ye pakcik, saya risau tidak dapat balik rumah sahaja kalau makcik tahu, tidur la dekat luar pintu rumah,” tulis pengguna TikTok itu.

“Ligatnya pakcik, tak padan dengan orangnya yang kecil sahaja, berjoget macam 10 tahun penari Istana Budaya ye, moga sihat selalu ya pakcik,” tulis pengguna yang lainnya.

Setakat ini, sebanyak lebih 200,00 tontonan lebih 10,000 tanda suka dengan 1235 perkongsian telah diraih selain dihujani dengan pelbagai komen menghiburkan daripada orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI