fbpx
Petugas SPR membawa beg kuning berisi kertas undi ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU15 Parlimen Padang Serai di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim malam ini.- Foto SHAHIR NOORDIN

PRU15: [TIDAK RASMI) PN dahului di Parlimen Padang Serai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM – Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin mendahului di Parlimen Padang Serai.

Calon PN itu memperoleh sebanyak 14,536 undi mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamad Sofee Razak yang mendapat 9,350 undi setakat pukul 9 malam ini.

Calon BN, Datuk C. Sivaraj mendapat 1,042 undi; calon bebas, Sreanandha Rao sebanyak 215 undi; calon Pejuang, Hamzah Abd. Rahman 127 undi dan calon Warisan, Mohd. Bakhri Hashim 55 undi.

PRU15 bagi Parlimen Padang Serai menyaksikan persaingan enam penjuru antara calon PN, Azman; Mohamad Sofee (PH), Sivaraj (BN), Hamzah (Pejuang); Mohd. Bakhri (Warisan) dan calon bebas, Sreanandha Rao.

Calon BN dan Warisan bagaimanapun mengumumkan untuk menarik diri daripada bertanding bagi memberi laluan kepada PH.

Walau bagaimanapun, nama dua calon tersebut tetap ada pada kertas undi memandangkan penyertaan mereka dalam PRU15 telah disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR memutuskan untuk menangguhkan PRU15 bagi Parlimen Padang Serai kepada hari ini susulan kematian calon dan penyandang kerusi tersebut, M. Karupaiya pada 16 November lalu. – KOSMO! ONLINE

POPULAR