fbpx

PRU15: Calon tarik diri dapat undi tertinggi tetap diumum pemenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Abdul Bari Abdullah (tiga dari kiri) bersama lima daripada enam calon Parlimen Padang Serai pada 24 November lalu.

KULIM – Calon Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang menarik diri akan tetap diumumkan sebagai pemenang sekiranya mendapat undi tertinggi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, perkara itu kerana semua calon telah disahkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hari ini.

“Kita akan umum (sebagai pemenang) sebab mereka layak dan disahkan bertanding.

“Calon hanya (boleh) tarik diri pada hari penamaan calon sahaja, jadi selepas pukul 10 pagi hari penamaan itu, calon yang tak tarik diri adalah disahkan bertanding,” katanya selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Badlishah di sini hari ini.

Sebelum ini, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Serai, Datuk C. Sivaraj dan calon Parti Warisan, Mohd. Bakhri Hashim mengumumkan menarik diri bagi memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamad Sofee Razak.

Sementara di Tioman, calon PH, Mohd. Fadzli Mohd. Ramly pula memberi laluan kepada calon BN, Datuk Seri Mohd. Johari Hussain sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.

Proses pengundian di dua kawasan itu diadakan pada hari ini susulan kematian calon PH di Parlimen Padang Serai pada 16 November lalu dan calon Perikatan Nasional (PN) pada 19 November lalu.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, statistik keluar mengundi setakat pukul 9 pagi ini di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman masing-masing mencapai sembilan peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI