fbpx

Acha Septriasa tunggu kelahiran anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acha Septriasa berkongsi momen kehamilannya yang seolah-olah sedang menghitung hari saja lagi sebelum bersalin.

PELAKON Acha Septriasa berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Bintang filem My Heart itu mengumumkan kehamilan keduanya menerusi Instagram dengan memuat naik foto menunjukkan perut yang semakin membesar.

“Ada manisnya tersendiri boleh ikut mencipta, mengukir nama, membesarkan hidup dan mencipta kenangan bersama.

“Terharu dan bersyukur atas kesempatan kedua menjadi orang tua, Bridgia tidak lama lagi akan menjadi kakak,” tulisnya.

Perkongsian Acha menuai perhatian bukan sedikit. Bukan hanya peminat, bahkan rakan artis menitip tahniah mendoakan kesejahteraan kehamilan pelakon itu.

Acha berkahwin dengan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 dan kini menetap di Australia anak perempuan mereka, Bridgia Kalina Kharisma, lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI