fbpx

PRU15: SPR buat persiapan akhir pengundian Padang Serai, Tioman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan akhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang akan berlangsung esok.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, peralatan seperti peti undi, dakwat, kertas, petak undi dan sebagainya telah disemak untuk kegunaan semasa proses pengundian itu nanti.

“Semakan ini untuk memastikan kesemua peralatan atau kelengkapan bagi pengundian lengkap dan baik. Kesemua peralatan ini diagihkan kepada Ketua-Ketua Tempat Mengundi (KTM) bagi setiap Saluran Mengundi.

“Sebanyak 46 Pusat Mengundi dan 230 Tempat Mengundi (Saluran) dibuka untuk tujuan pengundian di Padang Serai melibatkan 2,468 petugas” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi DUN Tioman, sebanyak 17 Pusat Mengundi yang mempunyai  52 Tempat Mengundi akan dibuka melibatkan 506 petugas.

Dalam pada itu, seramai 132,955 pengundi bakal membuang undi di Parlimen Padang Serai dan 28,108 orang pula akan mengundi di Tioman.

Penandaan dakwat pilihan raya juga akan dibuat pada jari kelingking tangan kiri hanya bagi pengundi DUN Tioman.

Pengundi juga dinasihatkan keluar mengundi mengikut masa yang digalakkan pada aplikasi MySPR Semak bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 atau 03-88880040 atau melalui aplikasi MySPR Semak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI