fbpx

Parlimen Indonesia lulus undang-undang larang seks luar perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGANTIN perempuan dan pengantin lelaki mengambil bahagian dalam perkahwinan beramai-ramai di sebuah padang di Bantul, Yogyakarta pada 12 Ogos 2020. – AFP

JAKARTA – Parlimen Indonesia meluluskan rang undang-undang melarang hubungan seks di luar perkahwinan dan membuat perubahan besar-besaran lain pada kanun jenayah dalam langkah yang disifatkan oleh pengkritik-pengkritik sebagai halangan kepada kebebasan di negara berkenaan.

Selepas kanun jenayah baharu itu menerima undi majoriti anggota Parlimen semasa sidang pleno, Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Sufmi Dasco Ahmad memukul palu , menandakan teks itu diluluskan dan menjerit ‘sah’.

Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah memprotes pindaan itu dan mengecam tindakan keras terhadap kebebasan sivil serta peralihan ke arah fundamentalisme di Indonesia iaitu negara dengan majoriti penduduk beragama  Islam paling ramai  di dunia.

Kita telah cuba sedaya upaya untuk mengambil kira isu-isu penting dan pendapat berbeza yang dibahaskan. Bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk kita membuat keputusan bersejarah mengenai pindaan kanun keseksaan dan meninggalkan kanun jenayah versi penjajah(Belanda)  yang kita  warisi,” kata Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Yasonna Laoly kepada Parlimen.

Beberapa artikel utama  kod yang baru diluluskan itu ialah mengkategorikan seks sebelum nikah atau sebelum berkahwin sebagai kesalahan jenayah, begitu juga bersekedudukan dengan pasangan yang belum berkahwin.

Terdapat juga kebimbangan peraturan tersebut boleh memberi kesan besar kepada komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik ( LGBTQ)  di Indonesia di mana perkahwinan songsang tidak dibenarkan.

Jurucakap Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Albert Aries mempertahankan pindaan sebelum pengundian dan berkata,  undang-undang itu akan melindungi institusi perkahwinan.

Beliau berkata, perbuatan seks sebelum perkahwinan dan luar nikah hanya boleh dilaporkan oleh pasangan, ibu bapa atau anak-anak sekali gus  mengehadkan skop pindaan itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI