fbpx

Kor Ming sokong 100 peratus langkah potong gaji menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (duduk) ketika memulakan tugas di sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan di Putrajaya, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyokong langkah pemotongan gaji menteri sebanyak 20 peratus seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kor Ming turut menyifatkan langkah tersebut sebagai satu mesej yang kuat oleh Kerajaan Perpaduan dalam merasai keperitan hidup rakyat.

“Saya sokong 100 peratus potongan gaji menteri, belum mula kerja (tapi) semalam sudah kena potong 20 peratus. Saya rasa rela dan lega kerana ini adalah satu tanggungjawab yang penting.

“Mungkin jumlah potongan gaji 20 peratus penjimatannya tidak seberapa, tapi ia ‘strong message’ oleh Kerajaan Perpaduan dengan semangat ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’,” katanya pada sidang akhbar selepas memulakan tugas secara rasmi di KPKT di sini tadi.

Selain itu, Kor Ming turut mengumumkan mengenai amalan ‘no gift policy’ di pejabatnya bermula hari ini termasuk majlis-majlis yang bakal dihadiri oleh beliau.

“Tidak perlu bagi apa-apa cenderahati kerana saya rasa ia jadi beban kepada pihak penganjur khususnya mana-mana majlis yang saya hadir, tak perlu ada apa-apa hadiah, itu kita boleh jimat untuk sedekah kepada asnaf, lebih bermakna,” ujarnya.

Kor Ming turut menekankan mengenai pemerkasaan khidmat fundamental iaitu melibatkan pengurusan sampah, rumput dan longkang di seluruh 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini.

“Saya akan minta Ketua Setiausaha sampaikan kepada semua Yang Dipertua (PBT) kerana ini adalah isu yang paling dekat di hati rakyat, saya nak mereka rasa kita betul-betul memperkasakannya,” katanya.

Mengulas mengenai jika terdapat sebarang cadangan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan, Kor Ming berkata, ia bukan fokus segera dan beliau mahu menumpukan terhadap senarai tujuh agenda utama yang telah diketengahkan.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada terdapat perbincangan berkaitan pelantikan jawatan timbalan menteri, Kor Ming berkata, pelantikan anggota Jemaah Menteri termasuk timbalan menteri merupakan prerogatif Perdana Menteri.

“Saya rasa perbincangan aktif sedang dilakukan dan berita baik akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI