fbpx

200 sekolah Terengganu jadi PPS mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 300 murid sekolah rendah menyertai Kempen Keselamatan Murid-Murid Sekolah Rendah peringkat Dungun di Dewan Arena Merdeka, Dungun, hari ini.

DUNGUN – Sebanyak 200 buah sekolah rendah dan menengah di Terengganu telah bersiap dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir pada musim tengkujuh ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Abdul Muie Ngah berkata, pihaknya telah melakukan segala persiapan rapi termasuk menyediakan kemudahan ruang dewan dan bilik darjah untuk dijadikan tempat tinggal sementara selain kemudahan tandas untuk kegunaan mangsa banjir.

“Kita telah mengadakan mesyuarat di peringkat negeri, daerah dan sekolah supaya setiap sekolah yang telah dikenal pasti dijadikan PPS bersiap sedia untuk menerima mangsa banjir.

“Kita juga akan membenarkan asrama sekolah digunakan untuk kegunaan mangsa banjir sekiranya ia tidak berpenghuni ketika banjir melanda,” katanya di Dewan Arena Merdeka di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Kempen Keselamatan Murid-Murid Sekolah Rendah peringkat Dungun anjuran Hibiscus Petroleum.

Abdul Muie berkata, pihaknya turut mengenal pasti beberapa buah sekolah yang sering ditenggelami banjir di beberapa daerah di negeri ini termasuk Dungun, Hulu Terengganu dan Besut.

“Kesemua sekolah yang berada di kawasan rendah ini diarahkan bersiap sedia dan menempatkan barang di tempat lebih tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI