fbpx

Sembunyi kesakitan, Ernie Zakri terseliuh sebelum muncul di pentas FFM32

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERNIE ZAKRI hanya berkongsi tentang kecederaan ringan yang dihadapi sebelum beraksi di pentas FFM32 Jumaat lalu, semalam.

PETALING JAYA – Kekal mempesona seolah-olah tiada sebarang masalah, hakikatnya penyanyi Ernie Zakri sedang menanggung kesakitan ketika muncul di pentas Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka pada Jumaat lalu.

Tanpa menghiraukan keadaan kaki yang berbalut, pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri terlihat tenang mempersembahkan lagu dendangan asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Jeritan Batinku dan Getaran Jiwa dengan sepenuh hati.

Semangat luar biasa penyanyi yang juga guru vokal itu nyata membuatkan ramai tidak menyedari kecederaan dialaminya, termasuk ketika melalui karpet merah sebelum bermulanya acara.

Ernie yang hanya berkongsi mengenai insiden berkenaan sehari selepas majlis pengiktirafan buat karyawan tersebut mengambil kesempatan menzahirkan terima kasih kepada semua pihak terutama pasukan perubatan yang merawat kakinya.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian. Kesakitan tak terasa sehinggalah saya habis menyanyi.

“Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang sambut kejatuhan saya tanpa gelak tawa. Saya tahu semua menahan gelak dan cemas pada masa yang sama.

“Anda memang hebat. Saya murung sekejap tapi tetap teguh berdiri. Persembahan tetap perlu diteruskan orang kata,” tulisnya di Instagram.

Pada hantaran tersebut isteri kepada penyanyi Syamel itu berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan kakinya berbalut serta kesukaran berjalan ketika menuju pentas.

Ernie adalah antara penghibur yang diundang bagi memeriahkan malam kemuncak anugerah bagi menghargai karyawan industri perfileman tanah air.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata pengikut mendoakan penyanyi berkenaan dapat segera sembuh.

Malah ramai meluahkan rasa kagum terhadapnya yang begitu profesional apabila mengenepikan kesakitan demi menggalas amanah diberikan.

Lebih membanggakan apabila dia mampu memberikan persembahan terbaik walau berada dalam kesulitan.

Difahamkan, kini keadaan kaki yang terseliuh akibat tersadung itu sudah bertambah baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI