fbpx

Putera Qatar tular, comel seperti maskot Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reaksi wajah Abdulrahman disifatkan sebagai ‘amat comel’ yang menyebabkan beliau disamakan seperti La’eeb. – Twitter

DOHA, Qatar – Seorang ahli keluarga diraja Qatar, Abdulrahman Fahad al-Thani  menjadi sensasi di media sosial China selepas ekspresi wajah beliau semasa menonton perlawanan Piala Dunia tular dalam kalangan netizen, lapor laman berita Wion News semalam.

Reaksi wajah Abdulrahman, 16, disifatkan sebagai ‘amat comel’ yang menyebabkan beliau digelar ‘putera pembalut dumpling’ dalam kalangan netizen di laman sosial China, Weibo.

Gelaran itu merujuk kepada gurauan netizen di China mengenai maskot Piala Dunia, La’eeb yang dikatakan kelihatan seperti pembalut dumpling (sejenis makanan tradisional China).

Abdulrahman sedang menonton perlawanan  Qatar menentang Ecuador, yang menyaksikan pasukan tuan rumah kalah 0-2, menyebabkan beliau kelihatan kecewa.

Ramai netizen di China berkata, kain egal berwarna putih yang dipakainya, menyebabkan  ekspresi wajah Abdulrahman kelihatan seperti La’eeb.

“Kami menyukainya kerana beliau amat comel. Tiada kaitan dengan politik,” kata seorang netizen.

Menyedari populariti yang diterima, Abdulrahman membuka akaun Douyin iaitu aplikasi TikTok  versi China.

Dalam tempoh kurang seminggu, beliau menerima lebih 15 juta pengikut selain pengguna Douyin turut cuba meniru  ekspresi wajah Abdulrahman.

Beliau turut menyertai laman Weibo dan menamakan dirinya sebagai Little Prince La’eeb dan menerima lebih 2.5 juta pengikut.

“Saya hanya memberi reaksi biasa. Saya tidak menyangka reaksi itu akan popular sehingga ke China atau di mana-mana sahaja.

“Kepada semua peminat di China, anda dialu-alukan untuk datang ke Qatar bagi melihat budaya kami yang hebat,” katanya kepada stesen penyiaran CCTV. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI