fbpx

Piala Dunia: Croatia enggan jadi mangsa Samurai Biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MODRIC (kanan) giat menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan menjelang aksi menentang Jepun pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di kem latihan Al Erssal di Doha semalam. – AFP

DOHA – Kejayaan Jepun menewaskan dua gergasi bola sepak dunia, Jerman dan Sepanyol menjadi nota penting buat Croa­tia untuk menghadapi wakil Asia itu pada aksi 16 terbaik di Stadium Al Janoub, malam ini.

Malah, keputusan ketika Piala Dunia 2006 yang berakhir seri tanpa jaringan juga menjadi peringatan jelas buat Croatia dan status selaku naib juara pada edisi empat tahun lalu bukan jaminan skuad Vatreni akan berdepan tugas mudah.

Bagaimanapun, bekas pemenang Ballon d’Or yang juga ­kapten pasukan, Luka Modric tetap percaya rakan-rakan sepasukannya cukup bersedia untuk menentang mana-mana pasukan pada Piala Dunia Qatar 2022.

“Kami sudah menunjukkan permainan konsisten dan saya yakin kami sebenarnya berhak untuk mara sehingga ke pusingan 16 terbaik.

“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar, namun Croatia juga tidak akan biarkan mereka bermain dengan selesa,” katanya.

Walaupun melihat Samurai Biru mengerah kudrat dan mental ketika menewaskan Jerman dan Sepanyol, pengurus Croatia, Zlatko Dalic juga seakan senada dengan Modric yang merasakan lawan mereka itu akan cuba melakukan perkara sama terhadap anak-anak buahnya.

Bagaimanapun, menyedari ‘tulang belakang’ pasukan se­perti Modric, Ivan Perisic dan Marcelo Brozovic makin dimamah usia, Dalic menegaskan, aspek rehat mencukupi menjadi elemen terpenting buat Croatia sebelum berdepan Jepun.

“Perkara paling penting bagi kami adalah untuk mendapatkan rehat yang cukup kerana kami sudah pun alami keletihan yang teramat sangat. Namun, saya percaya tiada seorang pun pemain saya yang cedera,” kata Dalic. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI