fbpx

Pahang rintis penubuhan Dana Belia bantu anak muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY menandatangani plak perasmian Projek Pembangunan Infrastruktur Agrotourism Paya Laka di Rompin hari ini.

ROMPIN – Pahang mengorak langkah proaktif membantu golongan belia apabila bercadang merintis penubuhan Dana Belia bagi membantu anak muda berusia 18 tahun ke atas yang memerlukan bantuan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ilham Dana Belia itu tercetus susulan keluhan sebahagian anak muda yang memohon supaya kerajaan negeri membantu mereka.

“Dana Belia ini bertitik tolak daripada keluhan sebahagian anak-anak muda yang minta kerajaan negeri bantu mereka kerana saya mendapati ramai belia masih perlukan sokongan kerajaan untuk permulaan perniagaan atau pun apa-apa aktiviti.

“Oleh sebab itu, saya akan tubuhkan dana dengan peruntukan tertentu dan kita akan bagi kepada mereka yang merupakan kumpulan sasar dan dengan adanya dana ini saya percaya sedikit sebanyak akan membantu mereka,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Infrastruktur Agrotourism Paya Laka di sini, hari ini.

Menurut Wan Rosdy, pelaksanaan dana itu memerlukan perincian lanjut sebelum ia dilaksanakan bermula tahun depan.

Jelasnya, kerana ia melibatkan kewangan kerajaan negeri jadi harus diperhalusi agar dapat memberi kesan positif dan mencapai matlamat.

“Kita kena kaji dulu kumpulan sasaran, berapa orang 18 tahun sampai berapa tahun sebab belia ini bukan semua memerlukan bantuan kerajaan, ada golongan belia yang telah mampu berdiri sendiri, telah mulakan perniagaan.

“Kumpulan yang kita nak bantu ini adalah mereka yang benar-benar memerlukan bantuan daripada kerajaan. Saya kena bincang dengan pegawai kewangan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan rakan-rakan Exco tak boleh buat keputusan sendiri sebab ini melibatkan wang kerajaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI