fbpx

Luahan pembaca: Gaji RM1,500 sara enam anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

Usai sudah kisah kemelut politik tanah air, kini rakyat Malaysia kembali berpijak di dunia nyata, kembali kepada realiti kehidupan dengan pendapatan tidak mencukupi khususnya warga kota.

Kisah kali ini berkaitan Saiful (nama panggilan Epol) berusia 45 tahun dari Bangi, Selangor, tetapi bekerja sebagai pegawai pemasaran di Kuala Lumpur dengan gaji RM1,500 sebulan. Isteri Epol tidak bekerja dan mereka memiliki enam anak berusia lapan hingga 21 tahun.

Epol berulang alik dari Sungai Tangkas, Bangi ke ibu negara sejauh 35 kilometer (km) sehala setiap hari dengan motosikal. Dengan gaji tersebut bagaimana agaknya kehidupan Epol? Masih relevankah gaji minimum RM1,500 yang diwartakan pada 27 April lalu di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011?

Sebagai penggubal undang-undang, apakah tindakan Yang Berhormat (YB) yang dilantik bagi menyuarakan masalah rakyat? Saya yakin kisah Epol sama dengan jutaan nasib warga kota yang tinggal di Lembah Klang. Jika RM1,500 itu dianggap ‘sukar’ bagi kebanyakan orang, apatah lagi bapa kepada enam orang anak.

Lapan mulut perlu disuap makanan dengan nilai RM1,500. Logikkah? Walaupun Epol dikategorikan B40 dia tidak layak mendapat Bantuan Keluarga Malaysia. Ini dinyatakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), maka apakah nasib Epol dan keluarganya?

Bagi penulis, ini bukan masa untuk menuding jari mencari salah mana-mana pihak, tetapi lebih kepada mencari jalan penyelesaian.

Bagaimanakah keluarga seperti Epol boleh dibantu meneruskan hidup dengan pendapatan yang mencukupi? Saya paparkan kisah ini kepada umum semoga mendapat perhatian pucuk pimpinan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harap Datuk Seri dapat memahami bahawa berjuta lagi rakyat senasib dengan Epol. Mohon bantu mereka. Moga dengan suara ramai kita dapat bantu sesama kita. Insya-Allah.

Ikaz
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI