fbpx

Hadi sedia beri kerjasama penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Hadi Awang bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya selepas dipanggil untuk membantu siasatan berkenaan dakwaannya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Jelas Ahli Parlimen Maran itu lagi, beliau juga berharap agar pihak daripada kerajaan yang menyentuh sentimen agama turut dikenakan tindakan sama seperti yang dialami beliau.

“Saya sedia beri komitmen dan tanggungjawab sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga kes ini selesai.

“Untuk berlaku adil, saya berharap sesiapa yang menyentuh kehormatan Islam perlu turut disiasat. Ini giliran saya, kerajaan baharu nampak begitu pro-aktif bertindak dalam hal ini,” tegas Abdul Hadi setelah selesai dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul hari ini.

Dalam pada itu, peguam Abdul Hadi, Wan Rohimi Wan Daud berkata, Abdul Hadi dipanggil untuk dirakam keterangan susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya di IPD Sentul, IPD Dang Wangi dan IPD Alor Setar, Kedah.

“Beberapa lagi laporan polis dibuat terhadap Hadi dan jumlah laporan tidak dapat dipastikan.

“Siasatan polis dijalankan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Presiden Pas itu telah dipanggil ke IPD Sentul bagi merakam keterangan dan beliau dilihat tiba di pekarangan berkenaan sekitar pukul 2.55 petang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI