fbpx

Azzam Sham, Sheryl Shazwanie pilih nama Azzalea Safiyya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS hampir setahun berkahwin, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie menimang cahaya mata sulung mereka pada 27 November lalu.

PETALING JAYA – Selepas lebih seminggu menimang cahaya mata sulung, pasangan penyanyi muda, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie tidak menunggu lama mengumumkan nama puteri sulung mereka.

Bayi perempuan yang dilahirkan pada 27 November lalu di sebuah pusat perubatan swasta itu diberi nama Azzalea Safiyya.

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzamuddin Lop Hisham, 25, mengumumkan nama puteri sulungnya menerusi hantaran Instagram dua hari lalu.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kami perkenalkan bayi sulung yang diberi nama Azzalea Safiyya Muhammad Azzamuddin.

“Semoga menjadi anak solehah, membesar dengan sihat, sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta berjaya dunia akhirat,” tulisnya sambil memaklumkan, isterinya melahirkan bayi mereka secara pembedahan.

Dalam perkongsian tersebut, Azzam yang merupakan juara program Big Stage musim ketiga turut berkongsi akaun Instagram rasmi Azzalea iaitu @azzalea_safiyya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Cinta Jangan Pergi itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebaikan buat keluarga kecilnya bersama Sheryl.

“Semoga segala doa yang baik dibalas dengan kebaikan. Kami juga mendoakan buat semua pasangan yang menanti zuriat agar dikurniakan cahaya mata soleh dan solehah,” ucapnya.

Azzam dan Sheryl yang mula bercinta sejak 2019 berkahwin pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, di sini.

Selepas beberapa bulan mengunci mulut berikutan peminat mengesyaki melihat ‘baby bump’ isterinya, Azzam sekitar Julai lalu akhirnya mengesahkan Sheryl yang juga penyanyi hamil lima bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI