fbpx
AKSI Farahdhiya dan ibunya yang erat berpeluk ketika bertemu baru-baru ini meruntun hati ramai.

Farahdhiya, ibu bertemu selepas tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIAPALAH yang potong bawang sampai meleleh-leleh air mata Diva. Sebaknya rasa bila tengok penyanyi dan juga pelakon Farahdhiya dapat berjumpa dengan ibunya selepas tiga tahun tidak bertemu.

Baru-baru ini Farahdhiya ada berkongsi sepotong video dalam Instagram menunjukkan ibunya yang menetap di London, England datang ke Malaysia untuk berjumpanya.

Dalam video tersebut, Farahdhiya memakai dres cantik dipercayai baru sahaja selesai membuat persembahan pentas.

Bila mereka bertemu di dalam bilik hotel, kedua-dua beranak itu saling berpelukan. Nampak juga gelagat Farahdhiya seperti kanak-kanak bila terlalu gembira dapat berjumpa dengan ibunya.

“Ibu saya dah balik. Ya Allah, rindunya selepas hampir tiga tahun tidak berjumpa sebab Covid-19 melanda dunia.

“Habis sahaja persembahan, ibu pun dah sampai hotel. Rindu sangat walaupun selalu buat panggilan video,” tulisnya dalam Instagram.

Diva pun turut sama merasai apa yang dirasakan oleh Farahdhiya. Bahkan peminatnya juga terharu dan tersentuh melihat perjumpaan anak-beranak itu.

“Saya rasa gembira bagi pihak Farahdhiya,” kata seorang netizen.

“Kalau jumpa ibu memang automatik akan jadi kanak-kanak,” kata seorang lagi netizen.

Diva harap ibu Farahdhiya sihat-sihat selalu ya. Rasa sebak nampak ibu penyanyi itu mengesat air mata bila berjumpa dengan anaknya.

DIVA: Cantik betul anak dara Nabila Huda, Keisha Laila. Memang ‘copy paste’ habis muka Nabila.

POPULAR